• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Noh Salleh Anggap Duet Bersama Siti Nurhaliza Sebagai Detik Terbesar Dalam Karier
07 July 2025 | 12:04 PM

Noh Salleh Anggap Duet Bersama Siti Nurhaliza Sebagai Detik Terbesar Dalam Karier

GENTING HIGHLANDS, 7 Julai – Penyanyi utama kumpulan Hujan, Noh Salleh menyifatkan peluang berduet bersama Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai pencapaian tertinggi dalam perjalanan seninya.

Noh, atau nama penuhnya Mohammad Noh Salleh Sadeli, 40, tampil sebagai penyanyi undangan dalam konsert Violet Skies: Datuk Seri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands pada malam Sabtu.

Dalam persembahan istimewa itu, Noh menyanyikan tiga lagu bersama Siti — Bengawan Solo, Rahsia Tuhan dan Pagi Yang Gelap. Lagu Rahsia Tuhan yang pernah tular di media sosial menjadi kemuncak emosi bagi Noh, yang kelihatan sebak dan berterima kasih atas peluang yang disifatkannya sebagai luar biasa.

“Ini adalah satu pencapaian tertinggi sepanjang saya dalam industri muzik. Terima kasih dari lubuk hati saya yang paling dalam. Berdiri di atas pentas yang sama dengan penyanyi nombor satu negara adalah sesuatu yang tidak masuk akal bagi saya,” katanya penuh emosi.

Tambah Noh, momen tersebut membuatkan dirinya hampir menitiskan air mata kerana tidak menyangka impiannya menjadi kenyataan.

Dalam konsert berdurasi dua jam itu, Siti turut berkongsi sebab memilih Noh sebagai pasangan duet, menyatakan kekagumannya terhadap lagu Rahsia Tuhan yang menyentuh hati ramai pendengar.

“Saya sendiri suka lagu itu. Bila umumkan Noh Salleh sebagai artis undangan, ramai tertanya-tanya lagu apa yang kami akan nyanyikan. Rahsia Tuhan adalah pilihan yang sangat bermakna,” kata Siti.

Selain menyentuh emosi kira-kira 5,000 penonton melalui lagu balada, pasangan itu juga berjaya mencetuskan suasana ceria apabila membawakan lagu Pagi Yang Gelap yang membuat penonton turut berdansa.

Siti menyampaikan 19 lagu sepanjang konsert termasuk lagu-lagu hits seperti Aku Cinta Padamu, Purnama Merindu, Kau Kekasihku, Badarsila, Sendiri dan Pastikan.

Konsert dua malam anjuran Resorts World Genting itu berlangsung pada 5 dan 6 Julai, menyaksikan gabungan muzik, vokal dan emosi yang meninggalkan kenangan manis buat peminat.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok