• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

My Chemical Romance Kembali ke Malaysia: Konsert di Bukit Jalil April 2026
07 July 2025 | 11:13 AM

My Chemical Romance Kembali ke Malaysia: Konsert di Bukit Jalil April 2026

KUALA LUMPUR, 7 Julai 2025 – Penantian panjang peminat My Chemical Romance (MCR) di Malaysia akhirnya berakhir. Band rock ikonik dari Amerika Syarikat itu secara rasmi mengumumkan Kuala Lumpur sebagai salah satu lokasi dalam siri konsert jelajah Asia Tenggara mereka tahun depan.

Pengumuman itu dibuat menerusi laman Instagram rasmi MCR, dengan tarikh rasmi konsert ditetapkan pada 30 April 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Setakat ini, maklumat lanjut mengenai harga tiket dan tarikh jualan masih belum diumumkan, namun pengesahan kehadiran MCR sudah cukup untuk mencetuskan kegembiraan dalam kalangan peminat tempatan.

Konsert ini bakal menjadi kemunculan semula MCR di Malaysia selepas lebih 18 tahun. Kali terakhir mereka mengadakan persembahan di sini adalah pada 9 Disember 2007 menerusi konsert The Black Parade Tour di Stadium Merdeka, yang menarik lebih 10,000 penonton.

Ditubuhkan pada tahun 2001, MCR yang berasal dari New Jersey dianggotai oleh Gerard Way (vokal), Ray Toro (gitar), Frank Iero (gitar) dan Mikey Way (bass). Antara lagu hits mereka yang masih menjadi kegemaran ramai termasuk Welcome to the Black Parade, Helena, I Don’t Love You dan I’m Not Okay (I Promise).

Selain Malaysia, jelajah Asia Tenggara MCR turut merangkumi Korea Selatan, Filipina, Singapura, Thailand dan Indonesia.

Spekulasi mengenai konsert ini mula tular hujung bulan lalu selepas sebuah papan iklan digital di Kuala Lumpur memaparkan mesej misteri berbunyi “Malaysia, are you okay?” — satu frasa yang segera dikaitkan dengan lagu popular mereka I’m Not Okay, sekali gus mencetuskan harapan dalam kalangan peminat bahawa band tersebut akan kembali ke negara ini.

Untuk perkembangan lanjut termasuk jualan tiket dan maklumat konsert, peminat disarankan mengikuti saluran media sosial rasmi MCR dan penganjur tempatan.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok