• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Pelakon Veteran Dharma Harun Al-Rashid Semakin Uzur, Berat Badan Menurun ke 45kg
04 July 2025 | 12:14 PM

Pelakon Veteran Dharma Harun Al-Rashid Semakin Uzur, Berat Badan Menurun ke 45kg

PETALING JAYA, 4 Julai 2025 – Keadaan kesihatan pelakon veteran terkenal era 1980-an, Dharma Harun Al-Rashid, mencuri perhatian selepas anaknya berkongsi perkembangan terkini yang menunjukkan berat badan bapanya kini susut drastik kepada hanya 45 kilogram.

Anaknya, Muhammad Al Syafiq, 36, memuat naik gambar dan luahan perasaan menerusi hantaran di Insta Story yang memperlihatkan pelakon filem Adik Manja itu tetap tabah menjalani kehidupan seharian walaupun perlu menunaikan solat dalam keadaan duduk.

“Bapa saya semakin kurus, tapi kami anggap ini sebagai ujian. Saya akan terus berusaha untuk berjaya dalam pelajaran demi masa depan yang lebih baik,” kata Al Syafiq.

Menurutnya, doa dan sokongan orang ramai menjadi sumber kekuatan buat keluarganya yang sedang berdepan pelbagai cabaran hidup.

“Sokongan ramai dan doa membuatkan kami masih mampu bernafas dalam ruang yang sempit. Ramai lagi di luar sana lebih susah. Kami perlu terus bersyukur dan tabah. Allah ada,” katanya lagi.

Dalam perkongsian tersebut, turut disertakan kapsyen menyentuh hati yang dipercayai mewakili perasaan Dharma sendiri: “Tak apa, isteri tiada, Allah ada, janji masih boleh solat.”

Dharma, 68, dilaporkan menghidap beberapa penyakit kronik termasuk asma, bengkak di bahagian jantung dan paru-paru, gastrik serta masalah tiroid. Beliau juga pernah diserang angin ahmar pada tahun 2019, yang menyebabkan pertuturannya terganggu dan daya ingatannya merosot.

Sejak itu, Dharma tidak lagi mampu bekerja dan kini dijaga sepenuhnya oleh dua anaknya – Muhammad Al Syafiq dan Siti Qurratu Aini, 37, yang masih menuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok