• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Misteri Perkongsian Lee Zii Jia Curi Perhatian Peminat
04 July 2025 | 11:48 AM

Misteri Perkongsian Lee Zii Jia Curi Perhatian Peminat

KUALA LUMPUR, 4 Julai 2025 – Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat selepas memuat naik beberapa ilustrasi hitam putih tanpa kapsyen di Instagram miliknya semalam.

Perkongsian yang kelihatan penuh simbolik itu telah menimbulkan pelbagai andaian tentang maksud tersirat di sebaliknya. Tanpa penjelasan lanjut, peminat membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat dan doa agar Zii Jia terus kuat menghadapi cabaran yang sedang dilaluinya.

Antara yang tampil memberikan sokongan ialah pemain perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei, yang menulis ringkas: "will heal everything" sebagai tanda sokongan moral buat rakan seperjuangannya itu.

Setakat ini, hantaran tersebut telah menerima lebih 76,000 tanda suka, 1,658 komen, dan 8,428 perkongsian, menjadikannya antara siaran paling mendapat perhatian di kalangan peminat sukan tempatan.

Difahamkan, Zii Jia kini sedang menjalani proses pemulihan akibat kecederaan pada buku lali kanan yang dialaminya sebelum ini.

Kecederaan itu mula berlaku ketika menyertai Jelajah Dunia Akhir BWF pada Disember lalu, dan kembali berulang ketika aksi di Terbuka Seluruh England pada Mac lepas. Keadaan itu memaksa beliau untuk berehat panjang dan memohon perlindungan ranking daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Zii Jia turut merangkul pingat pada Sukan Olimpik Paris 2024, menjadikannya antara harapan negara dalam kancah badminton dunia.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok