• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Trump Umum Israel Setuju dengan Syarat Gencatan Senjata 60 Hari di Gaza
02 July 2025 | 01:23 PM

Trump Umum Israel Setuju dengan Syarat Gencatan Senjata 60 Hari di Gaza

WASHINGTON, 2 Julai – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan bahawa Israel telah bersetuju dengan syarat-syarat utama bagi mencapai gencatan senjata selama 60 hari di Semenanjung Gaza.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di platform media sosial miliknya, Truth Social, Trump berkata rundingan berlangsung antara wakilnya dan pegawai Israel pada Selasa, seperti dilaporkan agensi berita Anadolu.

“Israel telah bersetuju dengan syarat-syarat penting untuk memuktamadkan gencatan senjata selama 60 hari. Dalam tempoh itu, kami akan bekerjasama dengan semua pihak yang terlibat untuk menamatkan perang,” kata Trump.

Beliau turut menyatakan bahawa Qatar dan Mesir, yang bertindak sebagai perantara, akan menyerahkan cadangan akhir kepada kumpulan Hamas.

“Saya berharap, demi kestabilan Timur Tengah, Hamas akan menerima perjanjian ini. Ia tidak akan jadi lebih baik bahkan mungkin menjadi lebih buruk,” tambahnya.

Dalam satu lagi kenyataan kepada media pada hari yang sama, Trump berkata beliau menjangkakan gencatan senjata boleh dicapai seawal minggu hadapan.

Trump juga memaklumkan bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, di Washington minggu depan, dengan isu Gaza dan Iran antara agenda utama perbincangan.

Sumber: Sinar Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok