• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Pelajar Universiti Dibunuh di Cyberjaya: Suspek Utama Ada Niat Jahat – Polis
01 July 2025 | 05:17 PM

Pelajar Universiti Dibunuh di Cyberjaya: Suspek Utama Ada Niat Jahat – Polis

CYBERJAYA, 1 Julai 2025 — Misteri kematian tragis seorang penuntut universiti swasta di Cyberjaya kini terungkai, apabila siasatan polis mendedahkan suspek utama, seorang lelaki, dipercayai mempunyai niat jahat terhadap mangsa, dan menggunakan kad akses yang diberi oleh teman wanitanya sendiri untuk masuk ke kediaman mangsa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek merupakan teman lelaki kepada salah seorang daripada dua wanita yang sebelum ini ditahan pihak polis. Mereka dipercayai berkomplot dalam kes pembunuhan mengejut itu.

“Suspek pernah beberapa kali menginap di unit tersebut bersama teman wanitanya. Kad akses dan kunci diserahkan sendiri oleh wanita itu. Ketika kejadian, mangsa tinggal bersendirian kerana rakan serumahnya pulang bercuti,” katanya dalam sidang media hari ini.

Mangsa, seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi berusia 20 tahun, ditemui mati dalam unit kondominiumnya Selasa lalu, tanpa sebarang tanda pecah masuk. Polis percaya suspek mengambil kesempatan ketika mangsa keseorangan, lalu memukul mangsa dengan objek tumpul hingga menyebabkan kematian.

Polis tidak menolak kemungkinan motif utama adalah dendam atau niat jahat, namun menafikan dakwaan terdapat unsur rogol, berdasarkan pemeriksaan patologi awal.

Dalam cubaan menutup jejak, suspek bertindak membuang telefon bimbit, komputer riba, kunci dan kad akses milik mangsa. Namun, beberapa barangan tersebut berjaya ditemui semula oleh pihak berkuasa.

Siasatan lanjut mendapati suspek turut mengeluarkan wang tunai sebanyak RM200 daripada akaun bank mangsa menggunakan kad ATM milik mangsa, tidak lama selepas kejadian berlaku.

Setakat ini, empat individu telah ditahan, tiga wanita dan seorang lelaki termasuk teman wanita suspek, seorang rakan mangsa yang tinggal di tingkat atas unit kejadian, serta seorang lagi individu yang berada bersama suspek ketika pengeluaran wang dibuat.

Penahanan kesemua suspek dilakukan dalam operasi bersama oleh pasukan khas dari Bukit Aman, IPK Selangor dan IPD Sepang di Johor Bahru dan Gemencheh, Negeri Sembilan dalam tempoh kurang 48 jam selepas mayat ditemui.

Polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi melengkapkan kertas siasatan dan mengenal pasti motif sebenar pembunuhan.

Sumber: Sinar Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok