• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Pemergian Puan Sri Juma’ani Kehilangan Besar Buat Wanita Sarawak
23 June 2025 | 02:52 PM

Pemergian Puan Sri Juma’ani Kehilangan Besar Buat Wanita Sarawak

KUCHING, 23 Jun — Sarawak kehilangan seorang tokoh wanita disegani apabila Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma’ani Tuanku Bujang, isteri kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun di Pusat Perubatan Normah, Kuching, jam 3.34 pagi tadi.

Pemergian Allahyarhamah disifatkan sebagai satu kehilangan besar, khususnya kepada golongan wanita di negeri ini. Menurut Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak, Datu Dr Sabariah Putit, Allahyarhamah dikenali sebagai seorang yang gemar bergurau namun dalam masa yang sama bijak menyampaikan nasihat dan motivasi kepada wanita, khususnya dalam aspek pengurusan kehidupan dan kerjaya harian.

Beliau juga aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan sosial, malah pernah menerajui Persatuan Isteri-Isteri Menteri dan Menteri Muda Sarawak (SABATI) sebagai Presiden, menjadikan peranannya cukup signifikan dalam memperkasa wanita dan komuniti.

Dr Sabariah turut merakamkan ucapan takziah serta doa agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta solehah. Beliau menyifatkan keperibadian Allahyarhamah sebagai lembut tetapi berprinsip, dan sentiasa memberi pandangan bernas dalam setiap perbincangan atau inisiatif berkaitan wanita.

Puan Sri Juma’ani akan terus dikenang sebagai sumber inspirasi dan kekuatan kepada wanita Sarawak dalam pelbagai lapangan.

Sumber: TVS

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok