• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Penumpang dari Israel diejek, 'diboo' ketika tiba di Lapangan Terbang Paris
16 June 2025 | 11:26 AM

Penumpang dari Israel diejek, 'diboo' ketika tiba di Lapangan Terbang Paris

Pada Ahad lalu, sekumpulan penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris dari Tel Aviv, Israel telah diejek dan disorak secara sinis oleh orang ramai. Kejadian yang dirakam dan tular di media sosial itu menunjukkan ketegangan yang semakin memuncak berkaitan konflik di Asia Barat, khususnya antara Israel, Iran dan wilayah Gaza.

Difahamkan, sebahagian daripada penumpang tersebut adalah rakyat Israel yang melarikan diri daripada konflik yang semakin meruncing di negara mereka, terutama kebimbangan terhadap serangan balas dari Iran dan kumpulan proksi serantau selepas tindakan agresif berterusan ke atas Semenanjung Gaza.

Tindakan orang ramai mengejek mereka dipercayai didorong oleh kemarahan terhadap operasi ketenteraan Israel yang telah menyebabkan puluhan ribu rakyat Palestin terbunuh, termasuk wanita dan kanak-kanak. Namun begitu, pihak berkuasa Perancis dan Israel masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut.

Insiden ini mencerminkan bagaimana sentimen global terhadap dasar ketenteraan Israel semakin keras, dengan kecaman meluas dari pelbagai lapisan masyarakat antarabangsa.

Dalam perkembangan berkaitan, konflik Israel-Iran terus meragut nyawa. Dilaporkan 224 orang maut di Iran sejak serangan oleh Israel bermula pada Jumaat lalu. Sebelumnya, Duta Iran ke PBB melaporkan 78 kematian dan lebih 320 kecederaan.

Di Israel pula, perkhidmatan kecemasan Magen David Adom mengesahkan sekurang-kurangnya 10 orang maut akibat serangan peluru berpandu Iran, menjadikan jumlah korban di pihak Israel meningkat kepada 13 orang.

Sumber: Sinar Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok