• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Pemandu Bas UPSI Luah Rasa Bersalah, Dedah Brek Gagal Berfungsi
10 June 2025 | 12:13 PM

Pemandu Bas UPSI Luah Rasa Bersalah, Dedah Brek Gagal Berfungsi

Insiden tragis yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding pada pagi semalam mendapat perhatian meluas apabila pemandu bas, Mohd Amirul Fadhil Zulkifle, 39, tampil memohon maaf dan menjelaskan punca kejadian.

Menurut Mohd Amirul yang kini dirawat di Hospital Taiping akibat kecederaan, kejadian berlaku apabila sistem brek bas gagal berfungsi secara tiba-tiba ketika menuruni bukit berhampiran jambatan lintasan gajah di Gerik. Beliau menyatakan bahawa semua sistem kawalan termasuk brek tangan dan pertukaran gear tidak lagi dapat digunakan disebabkan tekanan angin yang kosong.

Dalam usaha mengelak kemalangan lebih buruk, beliau cuba mengelak beberapa kenderaan lain, termasuk sebuah lori dan kereta yang memiliki rakaman dashcam. Namun, disebabkan keadaan jalan yang berselekoh dan cerun, cubaan itu tidak berjaya mengelakkan tragedi.

“Saya cuba sedaya upaya untuk kawal keadaan dan tidak memandu laju seperti yang ditularkan. Saya lebih arif tentang laluan ini, saya hanya mahu elakkan rempuhan lebih besar,” katanya sambil menahan sebak.

Tambahnya lagi, beliau telah memberi amaran kepada pelajar yang berada di kerusi hadapan agar bersedia, namun ramai yang sedang tidur dan tidak menyedari situasi kritikal tersebut.

Selepas bas terbalik, beliau sempat sedar semula lalu mengarahkan pelajar keluar melalui cermin hadapan yang pecah sebelum merangkak keluar sendiri. Mohd Amirul kini menunggu untuk menjalani pembedahan akibat patah di tangan kiri.

Polis dalam laporan awal menyatakan bas tersebut melanggar bahagian belakang sebuah MPV sebelum terbalik, menyebabkan kematian tragik 15 pelajar UPSI yang ketika itu dalam perjalanan pulang dari program di Terengganu.

Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan penuh bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Mohd Amirul menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada polis dan berharap keluarga mangsa dapat memaafkan beliau atas tragedi ini.

Kejadian ini mengundang simpati dan perhatian masyarakat, dengan pelbagai pihak menyeru kepada semakan semula terhadap prosedur penyelenggaraan bas serta pemantauan keselamatan bagi mengelakkan tragedi seumpama ini berulang.

Sumber: Harian Metro

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok