• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Johan Ghazali Kecewa dengan Kritikan Penyokong Sendiri Selepas Kekalahan di ONE Fight Night 32
09 June 2025 | 10:52 AM

Johan Ghazali Kecewa dengan Kritikan Penyokong Sendiri Selepas Kekalahan di ONE Fight Night 32

Bintang muda Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir penyokong tempatan yang memberikan kritikan negatif selepas kekalahannya kepada petarung Colombia-Amerika, Diego Paez, dalam aksi penuh sengit di ONE Fight Night 32 yang berlangsung di Stadium Lumpinee, Bangkok semalam.

Johan, atau lebih dikenali sebagai Jojo, yang bertarung dalam kategori flyweight Muay Thai, tewas menerusi keputusan ‘split decision’ selepas tiga pusingan mencabar. Walaupun menampilkan semangat juang tinggi dan melakukan banyak serangan balas berbahaya, Paez yang berusia 31 tahun berjaya mengawal tekanan terutamanya pada pusingan kedua, sekali gus menafikan kemenangan buat Jojo.

Meskipun ramai memuji aksi bertenaga Jojo, dia tetap kecewa dengan komen negatif segelintir pengguna media sosial yang dilihat terlalu cepat menghukum. Dalam satu hantaran emosional di Instagram, Jojo mempertikaikan sikap segelintir rakyat Malaysia yang tidak menghargai pengorbanan atlet muda sepertinya.

Beliau turut mendedahkan pengorbanan peribadi termasuk menanggung sendiri kos persiapan pertarungan dan kesakitan fizikal yang dialami, selain mengimbau jasa ahli keluarganya dalam perkhidmatan kepada negara. Jojo juga menyatakan bahawa bermula sekarang, beliau hanya akan menumpukan perhatian kepada diri sendiri dan penyokong sejatinya.

"Aku umur 18 mengorbankan nyawa aku atas gelanggang demi mengangkat nama negara, pagi tadi aku bangun kaki sakit tak dapat nak jalan, kepala sakit. Modal aku sendiri pun keluar nak pastikan preparation (persiapan) aku tip top, tapi untuk apa?

"Datuk aku, Tan Sri Ghazali Che Mat mempertaruhkan nyawanya sendiri demi negara ni. Bapa aku berkhidmat sebagai polis selama 25 tahun demi negara ini. Adik beradik aku semua wakil Malaysia di peringkat yang tertinggi, tapi untuk apa? Masa aku dekat atas bukan main, masa aku jatuh... keluar perangai sebenar rakyat kita.

"Korang cakap lah apa korang nak cakap, aku berlagak la, aku kejar glamour la apa la. Tapi korang jangan lupa, disebabkan aku yang usaha mengejar glamour, yang tak glamour pun boleh jadi glamour.

"Bermula dari sekarang aku hanya mementingkan diri aku sendiri dan orang yang betul-betul support (sokong) aku. Malaysia boleh tapi rakyat dengki. Korang ingat aku akan koyak ke dengan apa yang korang cakap? Mentaliti kita berbeza, sebab tu aku yang berlawan engkau hanya sekadar penonton. Terima kasih semua," tulis Johan di Instagram.

Dengan kekalahan ini, rekod Jojo dalam ONE Championship kini mencatat enam kemenangan daripada sembilan pertarungan. Manakala bagi Paez, ini merupakan kemenangan sulungnya dalam organisasi itu selepas tewas dalam penampilan pertamanya kepada Sean Climaco pada Februari lalu.

Insiden ini membuka perbincangan mengenai mentaliti penyokong sukan tempatan dan tekanan emosi yang dihadapi atlet muda dalam era media sosial.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok