• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Sarawak Rancang Pelabuhan dan Lapangan Terbang Baharu Berteknologi Moden
09 May 2025 | 03:28 PM

Sarawak Rancang Pelabuhan dan Lapangan Terbang Baharu Berteknologi Moden

Sarawak kini dalam perancangan membangunkan pelabuhan laut dan lapangan terbang baharu di Kuching yang menekankan teknologi moden dan prinsip mesra alam. Projek ini diinspirasikan daripada model pembangunan infrastruktur di Abu Dhabi, hasil lawatan kerja delegasi negeri yang diketuai oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut beliau, pelabuhan Abu Dhabi yang dibina di atas tanah tambakan laut telah berkembang menjadi antara pelabuhan terbesar dan paling efisien di Timur Tengah. Kecekapan operasi serta penggunaan teknologi inovatif di pelabuhan itu menjadi rujukan utama untuk menaik taraf infrastruktur maritim Sarawak.

Sebagai langkah awal, satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara Pelabuhan Abu Dhabi dan Pelabuhan Bintulu, bertujuan membesarkan Pelabuhan Industri Samalaju dan meningkatkan daya saingnya.

Premier Sarawak turut mengumumkan bahawa pelabuhan baharu di Kuching akan melibatkan penyertaan sektor awam dan swasta, mengikut model pelaburan Abu Dhabi.

Dalam pada itu, Sarawak juga merancang pembinaan lapangan terbang baharu Kuching dengan kapasiti awal 15 juta penumpang setahun. Lapangan terbang ini dijangka menampilkan seni bina moden, mesra alam dan sistem operasi yang cekap – dari proses daftar masuk hingga ke pelepasan penumpang – bahkan berpotensi mengatasi kecanggihan lapangan terbang di Abu Dhabi.

Delegasi Sarawak ke Abu Dhabi turut disertai oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas; Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin; serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Dengan inisiatif ini, Sarawak dilihat menuju ke arah menjadi hab logistik dan pengangkutan utama di rantau ini, sekaligus membawa limpahan manfaat kepada ekonomi dan rakyat negeri tersebut.

Sumber: I Love Borneo

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok