• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Robert Francis Prevost Dilantik Sebagai Pope Leo XIV, Pope Pertama dari Amerika Syarikat
09 May 2025 | 03:02 PM

Robert Francis Prevost Dilantik Sebagai Pope Leo XIV, Pope Pertama dari Amerika Syarikat

Robert Francis Prevost secara rasmi telah dilantik sebagai Pope Leo XIV semalam selepas dipilih oleh para kardinal, menjadikannya pope pertama dari Amerika Syarikat yang memimpin lebih 1.4 bilion penganut Katolik di seluruh dunia. Beliau menggantikan mendiang Pope Francis dan kini memikul tanggungjawab besar dalam menerajui Gereja Katolik global.

Upacara pengumuman itu disambut meriah oleh puluhan ribu orang yang berkumpul di Basilika St. Peter, Vatican, yang bersorak ketika beliau muncul di balkoni utama dan memberikan ucapan pertamanya. Dalam ucapan tersebut, Pope Leo berkata dengan penuh mesra: “Kepada semua orang, di mana sahaja mereka berada, kepada semua bangsa, kepada seluruh dunia, kedamaian bersama kamu.”

Berusia 69 tahun dan berasal dari Chicago, Pope Leo menghadapi cabaran besar termasuk usaha menyatukan gereja yang berpecah serta menangani isu-isu serius seperti skandal seksual dalam kalangan paderi.

Sebagai seorang yang lantang membela golongan miskin dan tertindas, beliau pernah menyebarkan semula artikel yang mengkritik dasar anti-pendatang oleh Presiden Donald Trump, namun White House tetap menyambut baik pelantikan beliau.

Pope Leo XIV berjaya memperoleh sokongan lebih dua pertiga daripada para kardinal — dengan sekitar 80% daripada mereka merupakan lantikan Pope Francis.

Pelantikan beliau disambut penuh kegembiraan oleh umat Katolik di AS. Di seluruh negara, gereja-gereja dipenuhi penganut yang meraikan detik bersejarah ini. Seorang penganut Katolik, Rosaria Vigorito, 66, berkata beliau teruja tetapi menyuarakan harapan agar gereja mempertimbangkan isu membenarkan wanita menjadi paderi.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok