• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

139,925 Bayi Sarawak Telah Terima Manfaat Endowment Fund Sarawak (EFS)
05 May 2025 | 06:47 PM

139,925 Bayi Sarawak Telah Terima Manfaat Endowment Fund Sarawak (EFS)

Sejak diperkenalkan pada 1 Januari 2019, seramai 139,925 anak kelahiran Sarawak telah menerima manfaat daripada Endowment Fund Sarawak (EFS), dengan jumlah keseluruhan peruntukan mencecah RM139.9 juta setakat 31 Mac lalu.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), Datuk Seri Fatimah Abdullah, EFS diwujudkan sebagai usaha jangka panjang dalam membina modal insan, dengan menyediakan simpanan awal sebanyak RM1,000 bagi setiap anak Sarawak yang layak.

Namun, terdapat kerisauan mengenai kadar permohonan yang rendah. Bagi tahun 2024, daripada 29,413 bayi berstatus ‘K’ yang lahir, hanya 72% atau 21,221 permohonan diterima. Lebih membimbangkan, untuk kelahiran tahun 2025, hanya 1,580 permohonan diterima daripada 6,780 kelahiran (23%) setakat Mac.

Sebagai langkah penambahbaikan, Affin Bank Berhad telah dilantik sebagai pengendali baharu EFS 2.0 untuk tempoh lima tahun oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Bermula 1 Januari 2025, permohonan boleh dibuat secara manual di 49 cawangan JPN seluruh Sarawak, manakala permohonan atas talian dijangka bermula Julai 2025.

Datuk Seri Fatimah menyeru ibu bapa agar tidak melepaskan peluang ini dan segera membuat permohonan supaya anak-anak mereka mendapat manfaat daripada program yang bukan sahaja membantu dari segi kewangan, tetapi juga sebagai galakan merancang masa depan sejak awal kelahiran.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi KPWK atau hadir ke cawangan JPN Sarawak yang terdekat.

Sumber: I Love Borneo

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok