• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Filem Blood Brothers: Bara Naga Raih RM21 Juta Dalam Empat Hari Tayangan
15 April 2025 | 11:41 AM

Filem Blood Brothers: Bara Naga Raih RM21 Juta Dalam Empat Hari Tayangan

Filem aksi tempatan Blood Brothers: Bara Naga terus mencipta fenomena apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM21 juta hanya dalam tempoh empat hari tayangan. Filem arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra itu mula ditayangkan pada 10 April lalu dan mendapat sambutan luar biasa daripada penonton tempatan.

Menurut penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam, kejayaan ini merupakan hasil gabungan jalan cerita yang menarik, lakonan mantap para pelakon, serta sokongan tidak berbelah bahagi daripada peminat filem tempatan.

“Alhamdulillah, kami dapat sokongan padu ramai malah ada yang maklumkan menonton filem ini lebih daripada sekali,” katanya kepada Kosmo! Online.

Melihat kepada sambutan hangat yang diterima, pihak produksi tidak menolak kemungkinan untuk menghasilkan sekuel bagi filem ini, dengan Yusof menyatakan bahawa ia kini dalam perancangan awal.

Filem ini dibintangi barisan pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Sharnaaz Ahmad, Shukri Yahaya, Syazwan Zulkifly, Zamarul Hisham, Wan Hanafi Su dan Amelia Henderson. Blood Brothers: Bara Naga mengisahkan perjalanan Ariff (Syafiq Kyle) yang direkrut oleh Ghaz (Sharnaaz Ahmad) untuk bekerja di bawah Datuk Zul (Wan Hanafi Su), seorang ahli perniagaan yang juga ketua kumpulan mafia dikenali sebagai Naga.

Ariff kemudian menyertai kumpulan elit keselamatan, Silent Guard, dan mengangkat sumpah setia sebagai Blood Brother kepada Ghaz. Namun, konflik memuncak apabila Ariff dituduh berkhianat dan perlu membuktikan dirinya tidak bersalah, dibantu oleh abang kandungnya, Jaki (Syazwan Zulkifly), yang telah lama terpisah.

Dengan kos produksi sebanyak RM7 juta dan ditayangkan di 170 pawagam seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, filem ini digelar sebagai filem bertaraf antarabangsa dan dijangka terus mencatat kejayaan membanggakan.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok