• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

2 Maut dalam Kemalangan Ngeri di Jalan Tun Jugah
10 April 2025 | 11:45 AM

2 Maut dalam Kemalangan Ngeri di Jalan Tun Jugah

KUCHING, 10 April – Dua lelaki maut manakala seorang remaja perempuan cedera parah dalam kemalangan jalan raya melibatkan empat buah kenderaan di Jalan Tun Jugah, berhadapan Gala City, awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintenden Merbin Lisa, berkata kemalangan berlaku kira-kira jam 12.40 tengah malam apabila sebuah kereta dipandu seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun dari arah pusat bandar menuju ke Lapangan Terbang Kuching hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan.

Beliau dalam kenyataan hari ini memberitahu bahawa kenderaan tersebut kemudian melanggar sebuah lagi kereta yang datang dari arah bertentangan yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun bersama seorang penumpang perempuan berusia 14 tahun.

Susulan pelanggaran itu, ujarnya, sebuah lagi kereta yang datang dari arah flyover Kenyalang telah melanggar kenderaan pertama yang berada di tengah jalan serta dua mangsa dari kenderaan kedua yang sedang cuba membantu mangsa pertama.

Menurut Supt Merbin, pemandu kenderaan ketiga itu turut hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar sebuah lagi kenderaan keempat yang sedang berhenti di bahu jalan untuk memberi bantuan.

Tambah Merbin, akibat nahas itu, pemandu kenderaan pertama dan pemandu kenderaan kedua maut di tempat kejadian, manakala remaja perempuan mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Unit Kecemasan, Hospital Umum Sarawak.

Pemandu kenderaan ketiga dan keempat yang masing-masing berumur 25 dan 36 tahun pula dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok