• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Enam Klinik Kesihatan di Sarawak akan menjalani transformasi digital tahun ini
07 February 2025 | 12:08 PM

Enam Klinik Kesihatan di Sarawak akan menjalani transformasi digital tahun ini

Kuala Lumpur, 6 Februari - Enam Klinik Kesihatan (KK) di Sarawak antara 100 fasiliti kesihatan di seluruh negara yang akan menjalani transformasi digital tahun ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Klinik Kesihatan tersebut terdiri daripada KK Ba’Kelalan, KK Balai (Bakam), KK Bario, KK Batu Danau, KK Pa' Dallih dan KK Paloh.

Katanya, transformasi itu merupakan sebahagian daripada sasaran Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan sistem digital di semua fasiliti kesihatan dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang.

Menurut beliau, transformasi digital tersebut melibatkan pelaksanaan sistem pengurusan digital berasaskan awan (CCMS) dengan peruntukan berjumlah RM19 juta dan dijangka mampu mengurangkan tempoh menunggu pesakit di klinik kerajaan dari tiga jam kepada 30 minit.

Penggunaan CCMS itu, katanya turut mampu mengelak rekod atau data perubatan di klinik daripada terjejas akibat bencana seperti banjir, sebagaimana yang berlaku di Klinik Pergigian RTC Bekenu yang ditenggelami banjir.

Beliau berkata demikian dalam sidang media semasa lawatan beliau ke Hospital Sibu, hari ini.

Sumber & Foto: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok