Sebahagian Jalan Tun Jugah, berhampiran Premier 101 Food Centre, akan ditutup bermula 3 Januari 2025 hingga 31 Disember 2025 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penandaan garisan jalan sementara dan pembinaan Stesen ART (SR 08).
Untuk memastikan pengguna jalan mendapat maklumat terkini, papan tanda pemberitahuan akan dipasang di kawasan sekitar penutupan jalan. Semua pihak diminta untuk mengambil perhatian terhadap perubahan ini dan merancang perjalanan dengan bijak.
Sarawak Metro berharap agar semua pengguna jalan dapat memberikan kerjasama sepanjang tempoh penutupan ini demi memastikan projek pembangunan Stesen ART dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.
Dengan adanya Stesen ART ini kelak, sistem pengangkutan awam di Kuching dijangka menjadi lebih efisien dan mampu memberikan manfaat besar kepada komuniti setempat.
Sumber: I Love Borneo
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini