• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Rashford sahut cabaran baharu
18 December 2024 | 02:17 PM

Rashford sahut cabaran baharu

Penyerang Manchester United Marcus Rashford sedia menyahut cabaran baharu, katanya ketika dia terus dikaitkan dengan perpindahan ke kelab lain.

Pada Ahad lalu, United menewaskan Manchester City 2-1 tetapi Rashford dan Alejandro Garnacho disisihkan daripada kunjungan ke Etihad manakala pengurus baharu Ruben Amorim berkata, keputusannya demi memastikan pemain beraksi pada tahap tinggi.

Media kemudian membuat spekulasi bahawa United mahu menjual penyerang England itu yang sudah berada di United sejak berusia tujuh tahun.

Pemain berusia 27 tahun itu mengulas spekulasi terbaru ketika melawat sekolah lamanya untuk memberikan hadiah sempena musim perayaan.

Dia bersedia menghadapi cabaran baharu dan mengambil langkah seterusnya dalam kariernya tanpa perasaan kecewa atau komen negatif terhadap Manchester United, sambil berjanji akan membuat kenyataan apabila berpindah.

Rashford menjaringkan tiga gol sejak Amorim mengendalikan pasukan bulan lalu tetapi dikeluarkan pada minit ke-56 ketika menewaskan Viktoria Plzen 2-1 dalam aksi Liga Europa minggu lalu. Malah dia turut diejek ketika meninggalkan padang.

Pemain itu masih gagal mengulangi prestasi yang menyaksikan dia meledak 30 gol dalam semua kejohanan pada musim 2022-23 tetapi dia percaya tetap mampu memulihkan kembali reputasi.

Sumber: Harian Metro

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok