• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Adele ‘kantoi’ ciplak lagu, komposer hilang royalti RM700,000
17 December 2024 | 05:52 PM

Adele ‘kantoi’ ciplak lagu, komposer hilang royalti RM700,000

Penyanyi terkenal, Adele, yang diarahkan oleh mahkamah di Brazil untuk menurunkan lagu Million Years Ago daripada semua platform penstriman muzik.

Perintah ini dikeluarkan selepas komposer Brazil, Toninho Geraes, mendakwa lagu tersebut meniru karyanya yang berjudul Mulheres, yang diterbitkan pada tahun 1995 untuk penyanyi Martinho da Vila.

Hakim Victor Torres, yang memimpin kes ini, mengarahkan syarikat rakaman Adele, Sony Music Entertainment dan Universal Music, untuk menghentikan sebarang penggunaan, pengeluaran semula, penyuntingan, pengedaran, atau pengkomersialan lagu tersebut secara global, termasuk dalam bentuk fizikal, digital, penstriman, atau perkongsian.

Jika syarikat rakaman gagal mematuhi perintah ini, mereka boleh dikenakan denda sebanyak AS$8,000 (RM35,584) bagi setiap tindakan ketidakpatuhan.

Selain itu, Geraes juga memfailkan tuntutan saman terhadap Adele untuk kehilangan royalti dan ganti rugi moral berjumlah AS$160,000 (RM711,680), serta menuntut agar namanya diberikan kredit sebagai penulis lagu tersebut.

Lagu Million Years Ago dilancarkan pada tahun 2015 dalam album 25 Adele. Lirik lagu ini ditulis oleh Adele sendiri, manakala melodinya digubah oleh komposer Greg Kurstin. Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh syarikat rakaman berhubung tindakan lanjut dalam kes ini, tetapi mereka masih berpeluang untuk membuat rayuan terhadap perintah mahkamah tersebut.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok