Rasmus Hojlund menjaringkan dua gol apabila Manchester United menang 3-2 ke atas Bodo/Glimt pada aksi Liga Europa, memberikan Ruben Amorim kemenangan pertamanya di laman sendiri di Old Trafford.
Alejandro Garnacho memberikan United permulaan memberangsangkan selepas kesilapan teruk dilakukan penjaga gol lawan Nikita Haikin.
Namun Hakon Evjen menyamakan kedudukan buat kelab Norway itu dan Philip Zinckernagel meluru di sayap kanan untuk meletakkan mereka di depan buat kali pertama.
Hojlund menyamakan kedudukan buat United dengan satu penamat mengagumkan sejurus sebelum rehat dan meledak masuk gol ketiga pada awal babak kedua.
Amorim melambai tangan kepada peminat dan dikerumuni jurugambar ketika beliau mengambil tempatnya di Old Trafford buat kali pertama.
United kini menghuni tangga ke-12 carta, dengan dua kemenangan dan tiga seri dalam lima perlawanan pertama format baharu peringkat liga.
Sumber: Berita Harian
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini