• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Gencatan senjata Israel-Hizbullah, puluhan ribu penduduk Lubnan kembali ke rumah
28 November 2024 | 03:18 PM

Gencatan senjata Israel-Hizbullah, puluhan ribu penduduk Lubnan kembali ke rumah

Puluhan ribu rakyat Lubnan yang kehilangan tempat tinggal akibat perang antara Israel dan Hizbullah mula kembali ke bandar dan kampung mereka selepas gencatan senjata berkuat kuasa.

Tentera Lubnan kini mengukuhkan kedudukan mereka di selatan negara itu, dengan kerjasama Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL).

Tentera Israel akan kekal di kedudukan mereka sementara tentera Lubnan memulakan penempatan ke arah selatan dalam tempoh 60 hari.

Rakyat Lubnan mula kembali ke rumah masing-masing dengan membawa barang-barang keperluan walaupun kebanyakan rumah mereka musnah.

Lebih 900,000 orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka sejak beberapa minggu akibat serangan Israel yang mensasarkan kubu kuat Hizbullah.

Speaker Parlimen Lubnan, Nabih Berri, menggesa rakyat kembali ke rumah mereka dan Perdana Menteri Najib Mikati meminta Israel menghormati syarat-syarat gencatan senjata, menyatakan bahawa Lubnan sedang mengalami fasa yang sangat menyakitkan dalam sejarah moden negara itu.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok