Liverpool tampil dengan prestasi terbaik mereka untuk menundukkan juara bertahan Real Madrid 2-0 dalam aksi Liga Juara-Juara.
Penyerang Real, Kylian Mbappe gagal menyempurnakan sepakan penalti, manakala Alexis Mac Allister dan Cody Gakpo menjaringkan gol pada separuh masa kedua untuk The Reds mengekalkan rekod sempurna mereka kekal sebagai pendahulu Liga Juara-Juara.
Mohamed Salah terlepas penalti, namun tidak terlalu meninggalkan kesan ketika Liverpool memperoleh kemenangan ke-17 dalam 19 perlawanan pertama Arne Slot sebagai pengendali pasukan.
Liverpool gagal menang ke atas Real dalam lapan pertemuan sebelum ini, termasuk perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada 2018 dan 2022.
Kekalahan itu menyebabkan pasukan Carlo Ancelotti jatuh ke tangga ke-24 dalam Liga Juara-Juara.
Hanya 24 pasukan teratas mara ke peringkat kalah mati dengan lapan teratas mara terus ke pusingan 16 terakhir.
Sumber: Sinar Harian
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini