• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Anjing terlepas sangkar, dua landasan lapangan terbang terpaksa ditutup
27 November 2024 | 05:40 PM

Anjing terlepas sangkar, dua landasan lapangan terbang terpaksa ditutup

Dua landasan ditutup di Lapangan Terbang Charles-de-Gaulle di Paris, ketika pegawai cuba menangkap seekor anjing, seminggu selepas ia melarikan diri dari pesawat.

Menurut Air France dan lapangan terbang itu, sejak anjing betina itu terlepas dari sangkar pada 19 November lalu semasa operasi pemunggahan, pencarian giat dijalankan untuk mengesan haiwan peliharaan itu.

Anjing itu dimiliki oleh pelancong Austria yang datang ke Perancis dengan Air France, dari Vienna.

Polis lapangan terbang juga mengerahkan dron pencarian dan pelan lain untuk mendapatkan haiwan itu adalah dengan menenangkannya dengan jarum hipodermik.

Mereka memilih tengah hari di luar waktu puncak untuk menjalankan operasi, sekali gus mengelak sebarang kesan terhadap penerbangan yang dijadualkan.

Sejak anjing itu melarikan diri, beberapa pihak turut melancarkan pencarian, termasuk pada waktu malam .

Poster juga dipasang untuk memberi amaran kepada kakitangan lapangan terbang.

Sumber: Harian Metro

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok