• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Hab Rendah Karbon Kuching berpotensi tarik pelaburan sehingga RM200 bilion
26 November 2024 | 05:48 PM

Hab Rendah Karbon Kuching berpotensi tarik pelaburan sehingga RM200 bilion

Hab Rendah Karbon Kuching bakal menjadi pemangkin utama dalam peralihan Sarawak ke arah ekonomi rendah karbon, dengan potensi menarik pelaburan sehingga RM200 bilion.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata inisiatif ini akan meletakkan Sarawak sebagai peneraju utama dalam ekonomi rendah karbon, khususnya di rantau ini.

Beliau menyifatkan pelancaran Hab Rendah Karbon Kuching merupakan pencapaian penting yang menjadi sebahagian daripada usaha besar untuk mendorong peralihan ini.

Mengenai pelancaran Sidang Kemuncak Gas Sarawak (SGR) pula, ia mencerminkan komitmen Sarawak untuk memainkan peranan utama dalam agenda pembangunan negara, sejajar dengan matlamat nasional dan serantau untuk masa depan yang mampan.

Inisiatif strategik seperti SGR dan Hab Rendah Karbon Kuching bukan sahaja memenuhi keperluan tenaga semasa negeri ini, tetapi juga meletakkan asas untuk pertumbuhan mampan jangka panjang yang akan memberi manfaat kepada komuniti jiran dan Malaysia secara keseluruhan.

Sarawak berada di landasan kukuh untuk mencapai visi mempunyai tenaga yang terjamin dan menuju masa depan yang mampan.

Sumber: Utusan Borneo

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok