Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol ketika membantu Al-Nassr menewaskan Al-Gharafa 3-1 dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Qatar.
Sumbangan jaringan itu meletakkan kelab Arab Saudi semakin hampir dengan suku akhir, memerlukan hanya dua mata lagi daripada tiga perlawanan terakhir kumpulan.
Kapten Al-Nasrr, Ronaldo membuka jaringan di Stadium Al-Bayt pada minit pertama babak kedua apabila dia menanduk hantaran Sultan Al-Ghannam.
Al-Nassr melebarkan jurang menerusi Angelo Gabriel, pada minit ke-58, sebelum pemain Brazil itu mengumpan bola untuk gol kedua Ronaldo.
Jaringan itu adalah gol keempat penyerang Portugal berkenaan dalam kejohanan ini sebelum dia digantikan pada minit ke-74.
Al-Gharafa merapatkan jurang menerusi Joselu, bekas rakan sepasukan Ronaldo di Real Madrid.
Al-Nassr kini belum tewas dalam lima perlawanan dan melonjak ke tangga kedua kumpulan 12 pasukan zon Barat.
Sumber: Berita Harian
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini