• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Salah bikin Liverpool makin 'gayat'
25 November 2024 | 04:17 PM

Salah bikin Liverpool makin 'gayat'

Pendahulu Liga Perdana, Liverpool, menewaskan pasukan tercorot, Southampton 3-2, hari ini, sekali gus melebarkan jurang kepada lapan mata berbanding juara bertahan, Manchester City.

Mohamed Salah memimpin kebangkitan separuh masa kedua untuk pasukan pelawat.

Liverpool mendahului pada minit ke-30 selepas Dominik Szoboszlai memanfaatkan kesilapan Southampton untuk menjaringkan gol.

Namun, tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti yang diselamatkan oleh Adam Armstrong, tetapi dia berjaya menjaringkan gol dari bola muntah sebelum tamat separuh masa pertama.

Southampton mengejutkan Liverpool apabila Mateus Fernandes menyudahkan serangan balas yang cantik untuk mendahului selepas rehat.

Namun, Salah menyamakan kedudukan pada minit ke-65 dengan sentuhan menarik masuk ke gawang lawan.

Southampton kemudiannya menghadiahkan penalti kepada Liverpool pada minit ke-83 akibat bola terkena tangan Yukinari Sugawara.

Salah tidak mensia-siakan peluang itu dan memastikan Liverpool membawa pulang tiga mata penuh.

Sumber: Harian Metro

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok