Kapten Manchester United, Bruno Fernandes menjaringkan satu gol dan mencipta peluang untuk dua lagi jaringan dalam kemenangan 3-0 pasukannya ke atas Leicester City di Old Trafford.
Kemenangan itu menjadi perpisahan manis buat Ruud van Nistelrooy dalam perlawanan terakhirnya sebagai pengurus sementara.
United berada di tangga ke-13 liga dengan 15 mata, hanya tiga mata di belakang lima pasukan teratas. Sementara itu, Leicester berada di tangga ke-17 dengan lapan mata.
Sumber: Berita Harian
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini