Pelakon Diana Danielle memfailkan penceraian kali kedua terhadap suaminya, Farid Kamil, di Mahkamah Rendah Syariah di sini.
Peguam syarie Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader, memaklumkan bahawa penceraian ini difailkan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 atas alasan tiada lagi persefahaman dan perbalahan yang berpanjangan.
Selain permohonan cerai, Diana juga memfailkan permohonan rujuk sebagai bukti mereka pernah kembali bersama sebagai suami isteri selepas penceraian pertama pada 10 Ogos 2023.
Mahkamah menetapkan 20 November sebagai tarikh sebutan kes pertama bagi permohonan cerai ini.
Sumber: Kosmo Online!
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini