• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

‘Hipokrit’, Diana Danielle tuju untuk Farid Kamil?
30 October 2024 | 12:27 PM

‘Hipokrit’, Diana Danielle tuju untuk Farid Kamil?

Diana Danielle menarik perhatian ramai dengan hantaran berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan kepada suaminya, Farid Kamil.

Belum sejam suaminya, Farid berjanji untuk menjernihkan kemelut rumah tangga mereka. Dalam hantaran tersebut, Diana, 34, hanya berkongsi perkataan "hipokrit", yang menimbulkan spekulasi mengenai situasi mereka.

Meskipun menghadapi masalah dalam rumah tangga, Diana dilihat tetap aktif menghadiri acara berkaitan psikologi.

Namun, hantaran sindirannya itu dipadam selepas 30 minit dimuat naik di Instagram Story.

Hari ini, Farid menegaskan komitmennya untuk memulihkan hubungan mereka selepas Diana menyatakan hasrat untuk memfailkan perceraian sekali lagi.

Peguam Diana, Datuk Akberdin Abdul Kadir, juga mengesahkan bahawa Diana telah memberi arahan untuk meneruskan proses perceraian dalam waktu terdekat.

Diana sebelum ini mengejutkan ramai dengan keputusan nekadnya untuk berpisah setelah mengumumkan bahawa janji-janji Farid tidak ditunaikan.

Ini bukan kali pertama mereka menghadapi masalah, kerana Diana pernah memfailkan permohonan cerai tahun lalu, sebelum rujuk kembali selepas bercerai pada 10 Ogos.

Pasangan ini berkahwin pada 3 November 2012 dan mempunyai dua anak, Muhammad yang berusia 11 tahun dan Nur Aurora yang berusia sembilan tahun.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok