• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Liga Europa: United harapkan sentuhan Hojlund
24 October 2024 | 11:39 AM

Liga Europa: United harapkan sentuhan Hojlund

Legenda Manchester United, Dimitar Berbatov, memberikan nasihat kepada penyerang muda, Rasmus Hojlund, menjelang perlawanan Liga Europa menentang Fenerbahce.

Berbatov menekankan pentingnya Hojlund untuk meningkatkan rasa ‘marah’ dan agresif dalam permainannya agar dapat menjadi penyerang yang lebih berkesan.

Hojlund, yang telah menjaringkan 18 gol dalam 49 penampilan sejak menyertai United dari Atalanta, mengalami beberapa masalah kecederaan yang mengganggu prestasinya.

Berbatov percaya, pemain berusia 21 tahun itu perlu mengubah sedikit minda dan menjadi lebih agresif dalam usaha menjadi penggempur yang berada dalam kelompok elit di Eropah.

“Saya fikir sebagai seorang penyerang, dia perlu lebih banyak menuntut dan berasa marah jika tidak dapat menjaringkan gol dalam perlawanan. Dia tidak perlu terlalu ‘sopan’ dalam perlawanan dan sentiasa memberikan cabaran kepada pemain lawan di sekelilingnya.

“Dia harus ‘kerap’ meminta bola dari;ada rakan sepasukan yang lain. Saya selalu melihatnya tanpa bola dan berlari di bahagian belakang pertahanan lawan, tetapi tidak ada rakan sepasukannya yang menyedarinya.

“Situasi itu menyebabkan bola tidak sampai kepadanya. Itu sepatutnya menimbulkan kemarahan kepada anda sebagai seorang penyerang dan anda mempunyai alasan untuk marah,” katanya.

Dalam pada itu, pengendali United, Erik Ten Hag percaya bahawa Hojlund perlu fokus dalam usaha mengekalkan tahap kecergasan bagi memastikan dia tidak berdepan kecederaan berulang.

“Apa yang penting dia perlu kekal cergas. Dia berdepan banyak kecederaan pada musim pertama, namun apabila dia cergas dia mampu menjaringkan gol,” ujarnya.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok