• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Mendiang Liam Payne dikebumikan bulan depan
22 October 2024 | 11:54 AM

Mendiang Liam Payne dikebumikan bulan depan

Mayat Liam Payne, bekas anggota kumpulan One Direction, disahkan bahawa masih lagi berada di Argentina dan tidak dapat dibawa pulang ke England buat sementara waktu.

Ini disebabkan oleh keperluan untuk menunggu laporan bedah siasat, yang dijangka mengambil masa dua minggu lagi.

Upacara pengebumian Liam dirancang akan berlangsung pada bulan November, sebaik sahaja keputusan ujian toksikologi diketahui.

Bapa mendiang, Geoff Payne, kini berada di Buenos Aires untuk mengenal pasti Liam secara rasmi dan menguruskan penghantaran mayatnya ke West Midlands. Dia tiba di Argentina dua hari selepas kematian Liam, yang berlaku pada 16 Oktober setelah mendiang jatuh dari tingkat tiga balkoni hotel.

Keputusan awal bedah siasat menunjukkan Liam meninggal dunia akibat pelbagai trauma yang menyebabkan pendarahan di otak, tengkorak, hati, dan dada, tanpa sebarang unsur jenayah dikesan.

Siasatan awal bahawa Liam berada dalam keadaan separuh sedar semasa kejadian. Pihak forensik masih menjalankan ujian toksikologi dan menganalisis sejarah perubatan serta kesihatan mental Liam.

Selain itu, keadaan bilik hotelnya menunjukkan berselerak dan kerosakan, dengan penemuan ubat clonazepam yang digunakan untuk mengawal epilepsi dan serangan panik.

Liam dan kekasihnya, Kate Cassidy, berada di Argentina untuk menyokong konsert bekas rakannya, Niall Horan.

Kate difahamkan pulang ke Florida dua hari sebelum kejadian setelah berlaku pertengkaran.

Mendiang Liam mempunyai seorang anak lelaki berusia tujuh tahun, Bear, hasil hubungan dengan penyanyi Cheryl Cole.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok