Kematian tragis bekas anggota One Direction, Liam Payne, yang ditemui mati setelah terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel di Buenos Aires.
Payne, 31, dilaporkan sedang bergelut dengan masalah kesihatan mental dan ketagihan alkohol.
Laporan menunjukkan bahawa Payne pernah berbicara tentang cabaran yang dihadapinya akibat kemasyhuran, termasuk tekanan mental dan ketagihan yang dialaminya semasa bersama One Direction.
Dalam beberapa temubual, dia mendedahkan rasa terdesak yang dialaminya, malah mengakui pernah berfikir untuk menamatkan hidupnya ketika berada dalam kumpulan itu.
Pada Julai 2023, Payne menjalani pemulihan di rehab selama hampir 100 hari, menyatakan keperluan untuk memberi tumpuan kepada dirinya sendiri.
Kematiannya disahkan oleh pihak polis dan perkhidmatan kecemasan selepas mereka menerima panggilan pada waktu petang dan tiba di lokasi dalam masa tujuh minit.
Liam Payne terkenal sebagai anggota One Direction yang mencipta nama sejak 2010. Kumpulan itu mengumumkan perpisahan pada 2016, tetapi masing-masing meneruskan kerjaya solo.
Payne baru-baru ini menghadiri konsert rakan sejawatnya, Niall Horan, di Buenos Aires pada 2 Oktober lalu.
Kematian Payne mengejutkan peminat dan rakan-rakan dalam industri muzik, yang berkumpul di lokasi kejadian untuk memberi penghormatan.
Sumber: Berita Harian
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini