Bekas ahli kumpulan One Direction, Liam Payne, yang dilaporkan meninggal dunia di Buenos Aires, Argentina.
Kejadian itu berlaku selepas beliau terjatuh dari balkoni tingkat tiga sebuah hotel. Payne, yang berusia 31 tahun, ditemui oleh pengawal keselamatan di teres hotel dalam keadaan tidak bernyawa.
Sebelum kejadian, pihak polis menerima laporan mengenai seorang lelaki yang didakwa berada dalam keadaan agresif, mungkin akibat pengaruh dadah dan alkohol.
Payne dilaporkan bercuti di Argentina bersama kekasihnya, Kate Cassidy.
Liam Payne terkenal setelah menyertai program realiti, The X Factor, pada tahun 2008 dan kemudiannya menjadi anggota One Direction, yang juga terdiri daripada Harry Styles, Niall Horan, Louis Tomlinson, dan Zayn Malik.
Kumpulan itu mencapai populariti besar dengan lagu-lagu hit seperti "What Makes You Beautiful" dan "Gotta Be You."
Kredit photo Gareth Cattermole/Getty Images
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini