KUCHING, 25 Julai: 16 penghuni hilang tempat berteduh selepas dua buah rumah terbakar sepenuhnya di Kampung Bako awal pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2 pagi.
Komander Operasi memaklumkan anggota Bomba mengambil masa sekitar dua jam untuk memadam sepenuhnya kebakaran tersebut.
Katanya, rumah pertama dihuni oleh 14 penghuni termasuk empat orang kanak-kanak manakala rumah kedua dihuni oleh dua penghuni iaitu pasangan warga emas.
Bagaimanapun, kesemua mangsa berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan. Punca kebakaran masih disiasat.
#BilikBeritaCATS #CATSFM