• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

21 orang terkorban dalam serangan Israel ke Rafah
29 May 2024 | 11:40 AM

21 orang terkorban dalam serangan Israel ke Rafah

BANDAR GAZA - Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh dalam serangan terbaru Israel di Rafah, lapor berita Middle East Eye semalam.

Beberapa pegawai Palestin berkata, tentera Israel menyerang kelompok  khemah pelarian  yang berada di barat bandar Rafah.

Serangan semalam berlaku di kawasan Al-Mawasi berhampiran Rafah yang  ditetapkan sebagai zon kemanusiaan oleh tentera Rejim Zionis sendiri.

Sekurang-kurangnya 12 pelarian Palestin  yang terbunuh ialah wanita. Penduduk di kawasan itu sebelum ini berpindah dari lokasi lain di Gaza.

Jurucakap Presiden Palestin, Nabil Abu Rudeineh menyifatkan serangan terbaharu tersebut sebagai pembunuhan beramai-ramai.

Beliau menggesa pelaksanaan keputusan Mahkmaha Keadilan Antarabangsa (ICC) minggu lalu supaya Israel menghentikan serangannya ke atas Rafah.

Serangan Israel ke atas Rafah dikecam secara meluas selepas pengeboman Ahad lalu  ke atas sebuah kem pelarian di Rafah yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 45 rakyat Palestin, kebanyakan mereka  wanita dan kanak-kanak.

Perluasan konflik di kawasan itu juga berisiko mencetuskan ketegangan antara Israel dan Mesir.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok