• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Naim Daniel selar geng ‘terpaling’ boikot artis
14 May 2024 | 01:56 PM

Naim Daniel selar geng ‘terpaling’ boikot artis

PETALING JAYA - SUSULAN isu boikot selebriti tanah air meledak dalam media sosial, penyanyi Naim Daniel melabel individu yang terbabit dengan gerakan tersebut sebagai ‘terpaling’ pro-palestin.

Naim atau nama penuhnya, Muhammad Naim Daniel Baharin, 27, turut menyifatkan mereka yang melancarkan gerakan tersebut sebagai tidak beradab kerana menjatuhkan hukuman sesuka hati.

“Pung pang kau suruh orang boikot itu ini atas nama Islam tetapi kau jatuh hukum sendiri.

“Hina orang yang tidak atau belum berbuat demikian (bersuara tentang Palestin) macam kau tak belajar adab dalam agama supaya jangan melampau.

“Bocor ke tak bocor Islam kau? Semoga kita tak berada dalam golongan ‘terpaling’,” katanya dalam aplikasi X semalam.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen kesal dengan kenyataan pelakon drama Project High Council itu yang dilihat cuba mempertahankan rakan-rakan selebriti mempromosikan produk menyokong Zionis.

“Terpaling? Terpaling apa? Lebih baik lagi dalam golongan terpaling daripada golongan yang promosi produk Yahudi sebab duit. Sekurang-kurangnya kami buat benda yang anda tak mampu buat.

“Memang layak diboikot. Tak boleh beri pengaruh tidak mengapa tetapi jangan menyokong. Ingat, peminat dan orang awam yang sokong kerjaya anda semua, Jangan terlalu sombong,” balas netizen.

Selepas teruk dihentam netizen, Naim kemudian bertindak memadam ciapan tersebut bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih keruh.

Terdahulu, majlis Met Gala 2024 berlangsung pada hari sama Palestin diserang  tentera Israel menyebabkan ramai netizen melancarkan gerakan Blockout 2024 dengan memboikot selebriti Hollywood yang tidak menyokong Palestin.

Gerakan itu turut dilakukan oleh netizen Malaysia dengan menyenaraikan nama artis dan pempengaruh tempatan yang masih menjadi duta jenama terkenal antarabangsa pro Israel.

Sumber: Kosmo Online!
Oleh HAZIRA HASNI
 
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok