• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

12 November 2026 | 07:16 PM

Tiga Graduan Cemerlang - Tiga Kisah Inspirasi Kejayaan TVET Sarawak

KUCHING, 12 November – Di sebalik kejayaan meraih pengiktirafan pada Majlis Konvokesyen Sarawak Skills Ke-28, tiga graduan cemerlang membuktikan bahawa cabaran teknologi, perubahan haluan kerjaya dan perjalanan pendidikan bukan penghalang untuk mengejar impian serta menyumbang bakti kepada Sarawak.

Penerima Anugerah Graduan Cemerlang Yayasan Sarawak 2026, Thien Jian Hui, tidak menyangka terpilih menerima pengiktirafan berkenaan, lebih-lebih lagi apabila anugerah itu julung kali diperkenalkan.

Beliau yang merupakan graduan Diploma Kemahiran Malaysia (Pengurusan Operasi Percetakan), kini sedang mengikuti kursus pengajar Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET).

Menyimpan hasrat untuk menjadi pengajar dalam bidang reka bentuk grafik, beliau bertekad untuk menyumbang bakti di Sarawak dalam usaha melahirkan lebih ramai tenaga mahir dan bakat baharu dalam bidang berkenaan.

Bagaimanapun, perjalanan pengajiannya bukan tanpa cabaran, khususnya dalam mendepani perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang semakin mempengaruhi industri percetakan dan reka bentuk grafik.

Menurutnya, penggunaan AI oleh syarikat untuk menghasilkan poster dan reka bentuk percetakan menuntut kemahiran tambahan bagi memastikan hasil rekaan dapat disesuaikan serta memenuhi keperluan sebelum proses percetakan dilakukan.

Sementara itu, Penerima Anugerah Pengerusi Sarawak Skills, Tiara Ashfilia Chrismer Dang Tuah, turut meluahkan rasa tidak menyangka apabila berjaya mencapai tahap tersebut dan menerima pengiktirafan berkenaan.

Beliau yang mengikuti Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam bidang Sokongan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri berkata, minat mendalam terhadap bidang itu mendorongnya mengambil keputusan meninggalkan pekerjaan terdahulu untuk menyambung pengajian.

Katanya, sokongan keluarga, khususnya arwah bapanya, menjadi sumber kekuatan untuk meneruskan pengajian dan mengejar bidang yang diminati meskipun terpaksa memulakan langkah pada usia lebih lewat berbanding rakan sebaya.

“Jangan takut untuk mengambil risiko kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Utamakan Tuhan dalam kehidupan kerana Tuhan tidak akan membawa kita sejauh ini hanya untuk gagal,” katanya.

Beliau turut menyimpan hasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah, namun mengakui kedudukan kerjayanya ketika ini sudah stabil.

Bagi Penerima Anugerah TVET Sarawak Skills, Sylvester Ipal pula, pengiktirafan diterima cukup bermakna apabila tidak menyangka terpilih menerima dua anugerah sekali gus.

Beliau berkata, antara cabaran yang perlu dihadapinya sebagai pelajar adalah mengimbangi masa dan komitmen antara pencapaian akademik dengan aktiviti kokurikulum.

Mengulas perkembangan pendidikan di Sarawak, beliau berpandangan suasana pembelajaran dan peluang yang ditawarkan kini semakin berkembang seiring kemajuan negeri.

Ia sekali gus membuka ruang lebih luas kepada golongan muda untuk meningkatkan kemahiran dan membina masa depan.

Beliau kini menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan perisian di Universiti Teknologi Tun Abang Haji Openg (TAHOTECT), dan seterusnya kembali menyumbang kepakaran kepada Sarawak apabila menamatkan pengajian kelak.

“I don’t know what the future holds, but I’m looking forward to it,” katanya berseloroh.

Ketiga-tiga penerima anugerah itu ditemui media pada Majlis Konvokesyen Sarawak Skills Ke-28 di Kuching, hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok