• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

03 November 2026 | 12:51 PM

KPM Buka Saluran Khas Untuk PIBG Mohon Penyelenggaraan Dan Pembaikan Sekolah Bagi 2027

KUALA LUMPUR, 3 November - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan saluran khas bagi membolehkan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mengemukakan permohonan penyelenggaraan serta pembaikan kemudahan fizikal sekolah bagi tahun 2027.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, KPM memaklumkan permohonan berkenaan dibuka sepanjang bulan ini bermula 1 hingga 30 November menerusi pautan dalam talian dan kod respons pantas (QR) yang disediakan.

Pelaksanaan inisiatif ini diambil berikutan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai peruntukan RM2 bilion menerusi Belanjawan 2027 — menyaksikan peningkatan sebanyak RM1 bilion bagi membaik pulih semua jenis sekolah di seluruh negara.

"Walau bagaimanapun, inisiatif ini bukan bermaksud setiap permohonan yang dikemukakan akan diluluskan secara automatik," jelas kenyataan KPM hari ini.

KPM menegaskan bahawa setiap cadangan yang dikemukakan oleh PIBG hendaklah berasaskan kepada keperluan fizikal yang sebenar di peringkat sekolah.

Kementerian akan memberi keutamaan kelulusan kepada kes-kes kerosakan yang kritikal serta perkara yang boleh membawa risiko terhadap keselamatan murid dan warga sekolah.

Inisiatif ini dijangka memudahkan peranan PIBG di setiap daerah untuk memohon dana perbaikan fizikal secara terus kepada pihak kementerian tanpa melalui birokrasi yang panjang.

Tindakan ini selari dengan arahan Perdana Menteri yang menggesa KPM menggerakkan usaha turun padang ke setiap daerah bagi meneliti keperluan prasarana sekolah di seluruh negara.

Sumber: BERNAMA

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok