• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

02 November 2026 | 03:08 PM

KDN Luluskan 225 Permohonan Kewarganegaraan Perkara 15A Di Sarawak Bagi Tempoh 2024 Hingga September

KUALA LUMPUR, 2 November -  Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan sebanyak 225 daripada 722 permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan di Sarawak telah diluluskan bagi tempoh 2024 hingga September lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, daripada keseluruhan permohonan berkenaan, sebanyak 306 permohonan telah mendapat keputusan muktamad termasuk 18 permohonan yang ditolak.

Manakala baki 416 permohonan lagi masih berada dalam proses pertimbangan dan verifikasi.

"Kes-kes berkenaan akan dibawa untuk pertimbangan dan keputusan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan (JKKSK) Sarawak pada tahun ini," kata beliau ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Shamsul Anuar menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Betong (GPS), Datuk Dr Richard Rapu @ Aman Begri mengenai keberkesanan penubuhan JKKSK Sarawak dalam mempercepat proses verifikasi kes kanak-kanak tanpa dokumen dari tempoh 2024 hingga 2026.

Beliau menjelaskan bahawa walaupun keputusan muktamad kekal di bawah kuasa mutlak KDN, penubuhan JKKSK berfungsi sebagai platform kerjasama strategik antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

"Penubuhan JKKSK merupakan mekanisme kerjasama bagi memastikan pengurusan permohonan lebih inklusif dan adil, selain membantu mempercepat proses verifikasi," tambah beliau.

Menjawab soalan tambahan Dr Richard Rapu mengenai penyelarasan dasar interim bagi membolehkan kanak-kanak tanpa dokumen mendapat akses pendidikan dan perkhidmatan kesihatan tanpa dikenakan caj warga asing sementara menunggu keputusan, KDN memaklumkan perkara itu tertakluk di bawah bidang kuasa kementerian berkaitan.

Akses kepada pendidikan formal serta perkhidmatan rawatan hospital perlu dirujuk terus kepada Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Manakala bagi aspek perlindungan sosial dan kebajikan kanak-kanak, permohonan boleh dikemukakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk penilaian kelayakan. 

Sumber: BERNAMA 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok