• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

29 October 2026 | 10:00 AM

Isu Projek Jalan Luar Bandar: Tiada Pembatalan Di Sabah & Sarawak, Peruntukan Ditingkatkan

KOTA KINABALU, 29 Oktober - Dakwaan sesetengah pihak berhubung pembatalan atau pengurangan peruntukan projek Jalan Luar Bandar (JALB) di Sabah dan Sarawak oleh Kerajaan MADANI adalah tidak benar dan perlu dinilai berasaskan fakta rasmi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud menyaran pihak yang membangkitkan isu berkenaan supaya mengemukakan bukti terperinci berhubung senarai rasmi projek dan status pelaksanaannya.

Beliau menjelaskan bahawa arahan penangguhan pengeluaran Surat Setuju Terima (SST) baharu bertarikh 10 September lalu hanyalah langkah kawalan kewangan dalaman bagi mengelakkan komitmen melebihi siling tahunan, dan bukannya pembatalan projek yang diluluskan.

"Faktanya, peruntukan asal JALB pada peringkat nasional terus meningkat daripada RM2.11 bilion bagi tahun 2026 kepada RM2.27 bilion pada 2027, berbanding era sebelum ini yang tidak pernah mencecah RM1 bilion," kata beliau selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Khas Jawatankuasa Bencana Kota Kinabalu pada Rabu, 28 Oktober.

Bagi memastikan kelancaran projek sedia ada, Mustapha memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah meluluskan perbelanjaan tambahan sebanyak RM500 juta pada tahun 2026.

Langkah ini diambil khas bagi membantu menyelesaikan tunggakan bayaran kepada kontraktor JALB agar komitmen projek pembangunan luar bandar di Sabah dan Sarawak dapat disiapkan mengikut jadual.

"Pembangunan kemudahan asas di Sabah dan Sarawak kekal sebagai pelaburan jangka panjang keutamaan Kerajaan MADANI demi memperkukuh kesalinghubungan dan merapatkan jurang pembangunan antara wilayah," tambah beliau.

Komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan terhadap wilayah Borneo turut diterjemahkan menerusi peningkatkan agihan dalam Belanjawan 2027.

  • Peruntukan Pembangunan Sarawak: Ditingkatkan daripada RM15.1 bilion kepada RM16.2 bilion.

  • Peruntukan Pembangunan Sabah: Ditingkatkan daripada RM17.6 bilion kepada RM18.7 bilion.

  • Projek Rangkaian Jalan Raya: Sejumlah RM3.3 bilion disediakan khusus bagi pelaksanaan dan kesinambungan projek jalan raya strategik di Sabah dan Sarawak. 

Sumber: BERNAMA 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok