• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

22 October 2026 | 08:28 AM

Tiga Projek Pembangunan Klinik Kesihatan Perkukuh Perkhidmatan Kesihatan Di Daerah Lawas

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan tiga projek pembinaan klinik kesihatan di Daerah Lawas, Sarawak, bagi memperkukuh kemudahan dan akses perkhidmatan kesihatan penduduk setempat.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib memaklumkan perkara tersebut ketika menjawab sesi Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong pada Rabu (21 Oktober 2026).

Projek pembangunan berkenaan melibatkan pembinaan Klinik Kesihatan Lawas, Klinik Kesihatan Kuala Lawas, serta Klinik Kesihatan Ba’kelalan.

"Langkah ini dilaksanakan bagi menggantikan bangunan lama dan uzur demi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang lebih berkualiti di daerah yang kini mempunyai sembilan buah klinik kesihatan," jelas beliau.

KK Lawas Beroperasi Awal 2027, KK Kuala Lawas Siap 2028

Mengulas lanjut mengenai status projek, pembinaan Klinik Kesihatan Lawas Jenis 3 bersama kuarters dijangka diserahkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak pada Disember 2026 sebelum mula beroperasi sepenuhnya pada awal 2027.

Klinik baharu ini akan menawarkan perkhidmatan tambahan seperti radiologi, pergigian, serta rehabilitasi (fisioterapi dan terapi cara kerja), selain dilengkapi empat unit kuarters pegawai.

Sementara itu, projek gantian Klinik Kesihatan Kuala Lawas yang mula dibina pada Julai 2026 dijangka siap pada Januari 2028 dengan penambahan bilik kecemasan, tiga bilik rawatan, dan empat unit kuarters.

KK Ba'kelalan Dalam Peringkat Tender & Rencana Pelan Induk

Bagi projek pembinaan baharu Klinik Kesihatan Ba’kelalan Jenis 7, pelaksanaannya kini berada pada peringkat tender dengan tempoh pembinaan 18 bulan dan dijadualkan siap menjelang 2028.

Klinik berkenaan akan mengekalkan perkhidmatan rawatan pesakit luar serta kesihatan ibu dan anak, di samping dilengkapi bilik kecemasan dan kuarters kediaman.

Selain tiga projek utama ini, KKM turut mengenal pasti lima lagi klinik kesihatan di daerah Lawas dalam Pelan Induk KKM untuk pembinaan gantian pada masa hadapan, antaranya Klinik Kesihatan Long Semadoh, Merapok, dan Sundar. 

Sumber: Laman Facebook Rasmi Hanifah Hajar Taib

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok