KUCHING - Permohonan membina sebuah stesen minyak di sebahagian Lot 480, Blok 3, Daerah Tanah Jikang, Julau diluluskan dengan tempoh pajakan tanah selama 60 tahun.
Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh, berkata tempoh pajakan bermula dari tarikh pendaftaran hak milik tanah berkenaan.
Beliau berkata, tanah itu hanya boleh digunakan untuk pembinaan dan operasi stesen minyak, yang perlu disiapkan dalam tempoh 18 bulan selepas hak milik didaftarkan, mengikut pelan dan spesifikasi yang diluluskan.
Sebarang pindah milik tanah atau pajakan kecil juga tidak dibenarkan tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak.
Perkara itu dimaklumkan ketika menjawab soalan lisan ADUN Meluan, Dato Rolland Duat Jubin, pada persidangan DUN Sarawak hari ini, 13 Oktober.
Sumber: Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS
Back