• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

03 October 2026 | 07:30 PM

Belanjawan Sarawak 2027: Tarif Elektrik & Hasil Negeri Jadi Tumpuan - Abang Johari

MUKAH - Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan bahawa Belanjawan Sarawak 2027 yang bakal dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan datang bakal menyentuh pelbagai perkara penting merangkumi isu tarif elektrik, hala tuju ekonomi, serta kedudukan hasil negeri.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan langkah khusus yang bakal diumumkan, sebaliknya meminta seluruh rakyat Sarawak untuk bersabar dan menantikan pembentangan rasmi belanjawan berkenaan dalam tempoh dua minggu lagi.

“Insya-Allah, dua minggu lagi saya akan membentangkan Bajet Sarawak. Kita tunggulah bajetnya. Ada negeri lain naik tarif elektrik. Sama ada Sarawak naik... jangan khuatir, selagi Abang Johari ada,” katanya ketika berucap merasmikan Program Sarawakku Sayang 2026 Bahagian Mukah di Dataran Pehin Setia Raja pada Sabtu, 3 Oktober.

Pengukuhan Hasil Negeri Dan Masa Depan Ekonomi

Mengulas lanjut mengenai kedudukan kewangan wilayah ini, Abang Johari turut membayangkan perkembangan positif mengenai pendapatan negeri dan hala tuju ekonomi bagi generasi muda Sarawak.

“Bagaimana pula dengan hala tuju ekonomi kita untuk anak-anak masa depan? Jangan susah... masa depan adalah cerah. Dan juga bagaimana pendapatan Sarawak? Ada naik atau turun? Tunggu 12 hari bulan (Okt),” tambah beliau.

Teguh Pertahankan Hak Minyak Dan Gas Menerusi MA63

Dalam majlis yang sama, Abang Johari secara tegas menegaskan bahawa Kerajaan Sarawak tidak akan berundur dalam mempertahankan hak ke atas sumber minyak dan gas berasaskan hak yang tertakluk dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Pendirian tersebut adalah bagi memastikan segala kekayaan hasil bumi Sarawak dapat diurus dan dioptimumkan secara saksama demi membiayai agenda pembangunan fizikal serta meningkatkan kesejahteraan sosial rakyat.

Beliau menjelaskan bahawa penubuhan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) merupakan langkah strategik utama kerajaan negeri dalam menguruskan sumber berkenaan, yang mana hasilnya dipulangkan semula kepada rakyat menerusi pembinaan jalan raya, pemantapan infrastruktur asas, dan pembangunan sektor pertanian.

Sumber: BERNAMA 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok