• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

27 September 2026 | 08:07 PM

Rakyat Berhak Suarakan Pandangan, Buat Aduan Terhadap Perkhidmatan Kerajaan

BETONG - Rakyat mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan atau membuat aduan kepada kerajaan sekiranya perkhidmatan yang disalurkan kurang memuaskan.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu berkata, penyampaian perkhidmatan perlu melibatkan komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat.

Menurutnya, rakyat bukan sahaja menerima perkhidmatan, malah berhak menyuarakan pandangan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam dapat terus ditambah baik.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penangguhan Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Betong di Kompleks Sukan Betong, hari ini.

Katanya, sepanjang tiga hari program bermula 25 hingga 27 September, kira-kira 95,000 pengunjung hadir ke program berkenaan.

Meskipun jumlah itu tidak mencapai sasaran ditetapkan, beliau menyifatkannya sebagai satu bentuk komitmen berterusan untuk memperkukuh kerjasama antara rakyat dan perkhidmatan awam.

Dalam pada itu, Datuk Gerald turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan SKS Bahagian Betong.

SKS Bahagian Betong menghimpunkan 48 agensi kerajaan yang menawarkan 158 jenis perkhidmatan untuk masyarakat setempat.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok