BETONG - Anak Sarawak dipelawa menyertai pengambilan Perajurit Muda Askar Wataniah menerusi booth pendaftaran yang dibuka sempena Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Betong.
Orang ramai yang berminat boleh mengunjungi booth berkenaan di Kompleks Sukan Betong dari 25 hingga 27 September.
Rejimen 501 Askar Wataniah membuka peluang kepada individu berminat mempelajari ilmu ketenteraan dan pengendalian senjata, selain menikmati kemudahan seperti elaun latihan dan perjalanan, perlindungan insurans serta peluang kenaikan pangkat.
Pemohon mestilah warganegara Malaysia berusia 18 hingga 45 tahun, sihat tubuh badan, tidak mempunyai rekod jenayah dan memiliki kelayakan akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back