BETONG - Usai merasmikan Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Betong di Kompleks Sukan Betong pagi tadi, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama anakanda, Dayang Norjanah, menyaksikan pendaratan sebuah pesawat di STOLport Bebuling, Spaoh, hari ini.
Pendaratan itu mencatat satu lagi detik penting bagi Lapangan Terbang Baharu Bebuling, yang bakal memperkukuh kesalinghubungan udara di Bahagian Betong.
Apabila beroperasi sepenuhnya, STOLport Bebuling dijangka memudahkan pergerakan penumpang dan penghantaran hasil pertanian tempatan ke pasaran lebih luas.
Kemudahan berkenaan turut dilihat mampu merancakkan sektor agro, pelancongan serta membuka peluang ekonomi dan pelaburan baharu di Betong dan kawasan sekitarnya.
Kredit Sumber & Foto : Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back