BETONG - Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Bebuling di Betong kini dalam proses penyelenggaraan dan urusan insurans sebelum operasi penerbangan dapat dimulakan.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kemudahan itu dijangka memperkukuh hubungan udara Betong dengan Kuching serta destinasi lain.
Menurutnya, operasi STOLport Bebuling mampu memendekkan tempoh perjalanan kepada sekitar 12 hingga 15 minit, manakala kekerapan penerbangan boleh ditambah sekiranya mendapat permintaan tinggi.
Kemudahan berkenaan turut dijangka memberi manfaat kepada penduduk, pelancong dan golongan pekerja, selain merancakkan aktiviti ekonomi serta pelancongan di kawasan sekitar.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Sarawakku Sayang Bahagian Betong di Kompleks Sukan Betong, hari ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back