• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

22 September 2026 | 11:56 AM

Ubah Minda Kerja - Rakyat Nilai Impak, Bukan Kerumitan Prosedur

KUCHING – Penjawat awam Sarawak dituntut untuk mengubah cara fikir dalam bekerja, daripada sekadar mematuhi prosedur birokrasi kepada penyampaian perkhidmatan yang memberi impak langsung kepada rakyat.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, masyarakat kini tidak berminat untuk mengetahui proses kerja yang rumit dari satu peringkat ke peringkat yang lain.

Sebaliknya, perkara utama yang dinilai rakyat ialah kepantasan, ketepatan jawapan, kejelasan maklumat, serta kualiti layanan yang diterima ketika berurusan dengan agensi kerajaan.

Menurut beliau, setiap penambahbaikan atau inovasi yang dilaksanakan perlu mengambil kira impak nyata yang dirasai sendiri oleh rakyat di lapangan.

Beliau turut mengingatkan sektor perkhidmatan awam supaya elak berpandangan jangka pendek, khususnya dalam menilai keberkesanan sesuatu projek atau inisiatif.

Jelasnya, sikap berkenaan hanya menganggap sesuatu tugasan selesai apabila projek fizikal siap dibina, tanpa menilai sama ada projek tersebut benar-benar memberi manfaat kepada komuniti.

Tambah beliau, pendekatan berorientasikan hasil itu selari dengan objektif pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang menekankan aspek kualiti dan impak dalam penyampaian perkhidmatan.

Penekanan berkenaan katanya, amat penting dalam mendepani cabaran ekonomi global serta ekspektasi masyarakat yang semakin meningkat dalam era digital.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Hari Inovasi dan Integriti Jabatan Tanah dan Survei Sarawak di Kuching, hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok