• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

15 September 2026 | 07:58 PM

Sarawak Perkasa Akses Jalan Raya Pedalaman, Kurangkan Kebergantungan FDS

KUCHING – Pembinaan jaringan jalan raya ke kawasan pedalaman Sarawak disasarkan siap secara berperingkat antara tahun 2030 hingga 2032.

Ia bagi mengurangkan kebergantungan kepada perkhidmatan helikopter doktor udara (FDS).

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembangunan jaringan perhubungan alternatif berkenaan dilihat lebih praktikal, dalam memastikan penduduk pedalaman mendapat akses yang lebih mudah kepada perkhidmatan kesihatan.

Jelas beliau, operasi FDS berdepan kekangan kerana perkhidmatan berkenaan bergantung kepada keadaan cuaca dan hanya dapat beroperasi pada waktu siang.

Sehubungan itu, pembangunan jaringan jalan raya ke kawasan pedalaman penting agar akses kepada kemudahan kesihatan tidak bergantung sepenuhnya kepada operasi helikopter.

Menurut beliau, kepentingan jaringan jalan raya itu terbukti dengan mengambil kira pengalaman pembangunan laluan Sibu-Kapit.

Ia jelas menunjukkan akses darat dapat mengurangkan kebergantungan penduduk kepada pengangkutan air, selain memudahkan pergerakan pada bila-bila masa.

Bagi mencapai hasrat tersebut, kerajaan Sarawak akan terus menggunakan dana sendiri bagi melaksanakan pembangunan infrastruktur berkenaan.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media, selepas merasmikan Majlis Ekosistem Pembangunan Bakat Unggul Semikonduktor Sarawak di Kuching, hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok