• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

15 September 2026 | 07:31 PM

Pertambahan Kerusi Parlimen, Nisbah Satu Pertiga Sarawak-Sabah Perlu Dikekalkan

KUCHING – Nisbah sekurang-kurangnya satu pertiga kerusi Parlimen bagi Sarawak dan Sabah perlu dikekalkan, termasuk sekiranya berlaku pertambahan jumlah kerusi Dewan Rakyat pada masa hadapan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, prinsip berkenaan penting bagi memastikan nisbah perwakilan kedua-dua wilayah itu tidak terhakis.

Jelas beliau, ketika pembentukan Malaysia, perwakilan satu pertiga yang melibatkan Singapura, Sabah dan Sarawak bertujuan melindungi serta membawa kepentingan ketiga-tiga wilayah berkenaan di peringkat Persekutuan.

Namun, selepas Singapura keluar daripada Malaysia, kerusi yang sebelum ini membentuk sebahagian daripada nisbah tersebut sewajarnya dikongsi atau diagihkan semula, bagi memastikan kedudukan perwakilan Sabah dan Sarawak tidak berkurangan.

Katanya, sekiranya jumlah kerusi Parlimen ditambah, nisbah satu pertiga itu mesti terus dikekalkan bagi memastikan agihan kerusi kekal seimbang.

Menurutnya, prinsip berkenaan turut selari dengan konsep perwakilan berkadar seperti yang dinyatakan dalam laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC), selain berlandaskan Laporan Suruhanjaya Cobbold dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sehubungan itu, beliau menyambut baik usaha Perdana Menteri untuk terus merujuk kepada nisbah berkenaan, sekiranya berlaku penambahan kerusi Parlimen pada masa hadapan.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media, selepas merasmikan Majlis Ekosistem Pembangunan Bakat Unggul Semikonduktor Sarawak, di Kuching, hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok